Buka akaun bank
tanpa mengunjungi bank.

Buka akaun bank HLB Islamic secara online dengan serta-merta menggunakan HLB Connect App
Pembukaan akaun yang
mudah secara online
Kad debit-i dihantar terus
ke alamat anda
Tidak perlu bersusah
payah pergi ke bank
Muat turun HLB Connect App & buka akaun HLB Islamic anda secara online dengan langkah mudah berikut
Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 Step 5
  • 1

    Tekan “Buka Akaun” dan masukkan nombor Kad Pengenalan anda

  • 2

    Imbas MyKad anda dan ambil swafoto

  • 3

    Isikan butiran anda

  • 4

    Cipta profil Perbankan HLB Connect/HLB Connect Online anda

  • 5

    Buat deposit pertama daripada akaun bank anda yang lain

Pilih akaun yang sesuai untuk keperluan anda

Inginkan pulangan tunai segera
Ketahui lebih lanjut
Inginkan keuntungan yang lebih tinggi
Ketahui lebih lanjut
Inginkan perkembangan perniagaan anda
Ketahui lebih lanjut

Buka akaun HLB Islamic pada bila-bila masa, di mana jua tanpa mengunjungi bank dengan hanya memuat turun

Buka akaun HLB Islamic pada bila-bila masa, di mana jua tanpa mengunjungi bank dengan hanya memuat turun

Kami menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun dari pintu ke pintu untuk lokasi terpilih

Buat Janji Temu >

Kunjungi cawangan yang berdekatan

Lokasi Cawangan >
Jika anda tidak mempunyai akaun bank lain di Malaysia, sila klik di sini dan Pengurus Perhubungan Deposit kami akan membuat janji temu dengan anda bagi membuka akaun bank pertama anda

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Q1. Siapakah yang layak memohon akaun bank HLB Islamic secara dalam talian melalui HLB Connect App?

A1. Kami mengalu-alukan pelanggan berikut untuk memohon akaun bank melalui HLB Connect App

  • Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad dan berumur seperti Q2 di bawah; dan;
  • Perniagaan milik tunggal yang beroperasi di Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 

Q2. Apakah syarat umur untuk memohon akaun bank HLB Islamic secara dalam talian melalui HLB Connect App?

A2. Bergantung pada keperluan anda, pelanggan individu yang berumur 12 tahun ke atas boleh memohon untuk produk berikut: Produk

  Produk Penerangan Umur Minimum
1 HLB Wallet-i Dapatkan pulangan tunai segera 12 tahun dan ke atas
2 Akaun Pay&Save-i Dapatkan keuntungan yang lebih tinggi 18 tahun dan ke atas


Q3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon akaun bank HLB Islamic secara dalam talian melalui HLB Connect App?

A3. Untuk pelanggan individu, kami hanya memerlukan MyKad (NRIC) anda. Untuk pemilik tunggal, kami memerlukan MyKad (NRIC) anda dan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) SSM anda. Pada masa ini, kad lain seperti MyKid, MyPR, MyKAS, MyPolis dan MyTentera tidak diterima.

 

Q4. Bolehkah saya memilih untuk tidak menetapkan nama pengguna dan kata laluan perbankan HLB Connect Online semasa memohon akaun bank HLB Islamic?

A4. Menetapkan nama pengguna dan kata laluan HLB Connect adalah sebahagian daripada proses permohonan dalam talian. Anda akan memerlukan HLB Connect App/Online untuk mengurus akaun bank anda setelah ia berjaya dibuka, contohnya untuk menyemak baki, membuat pembayaran dan pemindahan dalam talian, atau mengeluarkan wang dari ATM HLB menggunakan ciri Pengeluaran ATM Connect sementara menunggu kad debit-i anda sampai.

 

Q5. Berapa lamakah permohonan dalam talian saya untuk akaun bank HLB Islamic akan mengambil masa?

A5. Satu notifikasi akan dihantar kepada anda melalui emel dan SMS untuk memaklumkan bahawa permohonan dalam talian anda akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas anda berjaya menghantar permohonan anda.

 

Q6. Bagaimana saya tahu bahawa permohonan dalam talian saya berjaya? Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi untuk membuat deposit ke akaun bank HLB Islamic saya?

A6. Anda akan menerima emel dan SMS yang dijana oleh sistem sebaik sahaja permohonan atas talian anda berjaya dan untuk membuat deposit pertama anda dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar.

 

Q7. Bagaimana saya boleh mendapatkan kad debit-i saya?

A7. Untuk individu yang berumur 18 tahun ke atas, anda akan menerima kad debit-i anda melalui pos berdasarkan alamat yang telah anda nyatakan dalam permohonan dalam talian anda. Kad debit-i anda akan dihantar kepada anda dalam masa empat belas (14) hari kalendar selepas anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun bank baru anda melalui pemindahan dalam talian.

Untuk individu berumur 12 hingga 17 tahun, permohonan kad debit-i hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan HLB/HLB Islamic dengan kehadiran anak dan ibu bapa (bersama sijil kelahiran asal) untuk melakukan pengesahan biometrik.

 

Q8. Bolehkah deposit pertama ke dalam akaun yang baru dibuka dilakukan melalui pemindahan dalam talian daripada akaun bank rakan/ahli keluarga saya?

A8. Tidak, deposit pertama ke dalam akaun bank HLB Islamic yang baru dibuka mesti daripada akaun anda sendiri di bank lain atau akaun perniagaan anda di bank lain di Malaysia (bukan HLB/HLB Islamic). Sila rujuk jadual di bawah:

Jenis Permohonan Deposit Awal
Permohonan dengan MyKad
  • Akaun bank sendiri di bank lain (bukan HLB/HLB Islamic)
  • Akaun bank ibu bapa yang didaftarkan (Untuk individu bawah 18 tahun)
Permohonan dengan MyKad dan SSM
  • Akaun bank sendiri dengan bank lain (bukan HLB/HLB Islamic)

  • Akaun bank perniagaan dengan bank lain (bukan HLB/HLB Islamic)

 

Q9. Bilakah saya boleh mula menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah saya cipta semasa permohonan dalam talian untuk mengakses HLB Connect App/Online?

A9. Sebaik sahaja anda berjaya membuat deposit pertama ke akaun bank yang baru dibuka, HLB Connect anda akan diaktifkan dalam tempoh satu hari. Anda boleh log masuk ke HLB Connect App/Online menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda cipta semasa permohonan dalam talian.

 

Q10. Bolehkah saya mengeluarkan wang dari akaun bank yang baru dibuka sementara menunggu kad debit-i saya sampai?

A10. Ya, anda boleh mengeluarkan wang dari akaun bank yang baru dibuka di mana-mana ATM Hong Leong Bank menggunakan ciri Pengeluaran ATM Connect yang tersedia dalam HLB Connect App. Anda boleh log masuk ke HLB Connect App menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda cipta semasa proses permohonan dalam talian. Selain itu, anda mungkin ingin log masuk melalui HLB Connect Online terlebih dahulu untuk menetapkan akaun bank anda bagi transaksi dan had perbelanjaan harian.

 

Q11. Adakah saya akan diberitahu apabila HLB Connect saya diaktifkan?

A11. Ya, anda akan menerima notifikasi melalui emel dan SMS sebaik sahaja HLB Connect anda diaktifkan.

 

Q12. Bagaimana saya boleh mengaktifkan kad debit-i saya?

A12. Anda boleh mengaktifkan kad debit-i anda melalui HLB Connect Online dengan mengikuti langkah mudah ini: Log masuk > klik pada ‘Perkhidmatan Lain’ > klik pada ‘Aktifkan Kad’ di bawah Kad Debit/ATM dan ikuti arahan yang diberikan.