Soalan Lazim - Kad Debit-i

Kad Debit-i

Q: Bagaimanakah cara membuat pembelian menggunakan Kad Debit-i?

A: 1.Cari peruncit yang mempamerkan logo VISA/Mastercard/MyDebit atau yang mempunyai  sistem Titik Jualan (POS).

 

2. Di kaunter pembayaran, benarkan juruwang membantu anda untuk membuat bayaran menggunakan Kad Debit-i anda melalui kaedah transaksi tanpa sentuhan atau kaedah transaksi Cip & PIN pada terminal POS. Untuk transaksi tanpa sentuhan, anda perlu menyentuh Kad Debit-i anda pada terminal tanpa sentuhan. Bagi transaksi Cip & PIN, anda perlu memasukkan Kad Debit-i anda ke dalam terminal dan memasukkan PIN anda.

 

3.Untuk transaksi tanpa sentuhan RM250 dan ke bawah, PIN tidak diperlukan.

 

4.Setelah transaksi selesai, sentiasa ingat untuk mengambil semula Kad Debit-i anda.

 

 

Q: Bagaimanakah Kad Debit-i anda diterima oleh peruncit?

A: 1. Kad Debit-i anda menyokong dua (2) jenama Kad Debit - sama ada Visa/Master dan MyDebit yang membolehkan kad anda diterima di luar negara dan di Malaysia. Dengan sokongan kedua-dua jenama Kad Debit ini, lebih ramai peruncit akan menerima Kad Debit-i anda untuk pembayaran di dalam dan luar negara.

 

2. Apabila anda menggunakan Kad Debit-i di Malaysia, peruncit boleh memilih untuk menerima dan memproses pembayaran menggunakan sama ada MyDebit, Visa atau MasterCard. Ini adalah atas pilihan peruncit bagi membolehkan mereka memproses pembayaran melalui rangkaian Kad Debit pilihan mereka. Sila ambil maklum bahawa anda tidak boleh meminta peruncit untuk menukar rangkaian Kad Debit pilihan mereka.

  • Pertukaran Nombor Identiti Peribadi (“PIN”) di Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dan di cawangan HLB/HLISB melalui Pembaca MyKad adalah diperlukan sebelum anda boleh melaksanakan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit-i anda.

  • Hargai, lindungi dan jaga Kad Debit-i anda seolah-olah ia adalah wang tunai, simpan Kad Debit-i dengan selamat dan pastikan ia berada dalam simpanan milikan anda pada setiap masa.

  • Apabila menggunakan Kad Debit-i anda di mana-mana premis peniaga, pastikan semua butiran telah dimasukkan dengan betul dan lengkap sebelum menandatangani slip caj/slip transaksi atau memasukkan PIN anda. PIN ini adalah sama seperti PIN ATM yang digunakan untuk transaksi ATM.

  • Semak dan pastikan anda menerima semula Kad Debit-i anda selepas melakukan transaksi di premis perniagaan.

  • Pastikan anda mengesahkan semua transaksi Kad Debit-i (sama ada secara bersemuka atau melalui Telefon/Internet).

  • Apabila membuat pembelian melalui Internet, berikan butiran Kad Debit-i anda hanya pada laman web yang boleh dipercayai dan daripada syarikat yang diyakini. Laman web peniaga yang bereputasi menggunakan teknologi penyulitan untuk melindungi maklumat Kad Debit-i anda.

  • Elakkan menggunakan komputer awam untuk membeli-belah secara dalam talian. Sekiranya anda menggunakannya, sila ingat untuk log keluar dan tutup pelayar setelah selesai. Ini kerana maklumat peribadi anda boleh dilihat oleh orang lain hanya dengan menekan butang “kembali" (back button).

  • Sentiasa cetak dan simpan halaman pengesahan apabila selesai melakukan pembelian secara dalam talian.

  • Rekod atau simpan resit bagi semua pembelian anda, termasuk pembelian secara dalam talian.

  • Hancurkan semua dokumen (slip caj, penyata dan lain-lain) yang mengandungi butiran Kad Debit-i sebelum anda melupuskannya.

  • Semak penyata Akaun Pembelian Runcit anda dengan segera dan laporkan dengan serta-merta jika terdapat sebarang transaksi yang tidak anda kenali atau tidak dibenarkan oleh anda.

  • Simpan nombor telefon Bank agar mudah dihubungi untuk melaporkan kehilangan atau kecurian Kad Debit-i anda dengan serta-merta. Sentiasa semak Kad Debit-i anda secara berkala bagi memastikan ia tidak hilang dari dompet/beg duit anda.

  • Sila maklumkan kepada pihak Bank dengan segera mengenai sebarang pertukaran maklumat hubungan anda terutamanya nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda dengan mengunjungi cawangan Bank atau menghubungi Pusat Hubungan Bank di 03-7626 8899 bagi membolehkan pihak Bank melakukan pengesahan terhadap transaksi yang luar biasa atau mencurigakan. Ini juga akan membolehkan pihak Bank menghubungi anda bagi sebarang notis penting atau kempen pemasaran (untuk Pemegang Kad yang telah memilih untuk menerima pemasaran/promosi) pada masa hadapan.

  • Apabila anda menerima panggilan daripada Pemasar melalui telefon, semakin sedikit soalan yang dapat mereka jawab, semakin besar kemungkinan mereka menghubungi anda daripada perniagaan yang tidak sah. Sekiranya anda berasa curiga dengan panggilan telefon tersebut, sila hubungi nombor yang tertera di belakang Kad Debit-i anda untuk mengesahkan sama ada panggilan itu benar-benar daripada pihak Bank.

  • Jika anda melancong ke luar negara, anda dikehendaki memaklumkan kepada pihak Bank untuk memilih serta (opt-in) bagi transaksi luar negara dan/atau pengeluaran ATM. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan transaksi luar negara dan/atau pengeluaran ATM anda ditolak.

  • Anda juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak Bank untuk memilih serta sekiranya anda ingin melakukan sebarang transaksi dalam talian (laman web tanpa Pengesahan 3D)  dan/atau Pesanan Mel/Pesanan Telefon ("MOTO")/transaksi Auto Debit. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan transaksi dalam talian dan/atau transaksi MOTO/Auto Debit anda ditolak.

  • Sila ambil maklum bahawa apabila anda memilih serta untuk transaksi Tanpa Kehadiran Kad  (iaitu Dalam Talian, Auto Debit) dan/atau transaksi luar negara, terdapat risiko data akaun anda dikompromi atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian dan/atau pengeluaran tunai yang tidak sah. Sila ambil perhatian bahawa bagi transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi POS mungkin berbeza mengikut negara. Sesetengah negara atau peniaga mungkin tidak mengamalkan pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda dikompromi.
  • Anda boleh, pada bila-bila masa, memilih keluar (opt-out) daripada transaksi Tanpa Kehadiran Kad  dan/atau luar negara melalui HLB Connect / cawangan / ATM / Pusat Hubungan Hong Leong.

 

Tidak Patut Dibuat

  • Jangan sesekali meninggalkan Kad Debit-i anda di tempat yang tidak selamat, termasuk tetapi tidak terhad kepada kotak simpanan kereta (glove compartment), dibiarkan bersepah di rumah atau di pejabat di mana orang lain boleh mengambilnya. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan Kad Debit-i anda, simpan ia di tempat yang selamat.

  • Jangan dedahkan butiran peribadi atau butiran Kad Debit-i anda kepada mana-mana pihak ketiga atau pihak yang tidak dikenali.

  • Jangan sesekali mendedahkan nama pengguna, kata laluan dan/atau PIN anda kepada sesiapa pun. Anda tidak seharusnya melayan e-mel, surat, laman web atau panggilan telefon sedemikian. Tiada siapa yang perlu mengetahui PIN anda, termasuklah pihak Bank sendiri. Jangan balas e-mel yang meminta anda untuk melayari laman web untuk mengesahkan maklumat peribadi dan/atau Kad Debit-i anda.

  • Jangan sesekali menghantar maklumat Kad Debit-i, seperti PIN atau nombor Akaun Pembelian Runcit dan sebagainya melalui e-mel, kerana ia boleh dipintas oleh pihak lain.

  • Waspada terhadap individu yang menyamar atau penipu yang mengaku sebagai kakitangan  Bank dan meminta untuk "mengesahkan" butiran Kad Debit-i anda kononnya untuk memastikan anda dilindungi. Pihak Bank tidak memerlukan butiran akaun kerana pihak Bank sudah pun mempunyai maklumat anda.

  • Semasa memilih PIN, sentiasa elakkan penggunaan kombinasi yang mudah diteka, seperti nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dll. Jangan simpan salinan PIN anda dalam dompet/beg duit.

  • Jangan sesekali memberikan maklumat Kad Debit-i anda pada mana-mana laman web yang pautannya disertakan di dalam e-mel yang mencurigakan.

  • Jangan sesekali memberikan maklumat Kad Debit-i anda secara dalam talian melainkan anda sedang membuat pembelian.

  • Jangan sesekali menandatangani slip caj atau resit transaksi yang kosong. Apabila anda menandatangani slip caj atau resit transaksi, gariskan ruang kosong di atas jumlah perbelanjaan keseluruhan.

  • Jangan berikan atau pinjamkan Kad Debit-i anda kepada sesiapa pun. Kad Debit-i anda tidak boleh dipindah milik dan adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan keselamatannya.

Transaksi Tanpa Sentuhan tanpa pengesahan PIN dihadkan kepada Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250) bagi setiap transaksi (“Had Transaksi Tanpa Sentuhan”). Sebarang Transaksi Tanpa Sentuhan yang melebihi Had Transaksi Tanpa Sentuhan mestilah disahkan oleh Pemegang Kad menggunakan kaedah berikut:

 

  • Transaksi Tanpa Sentuhan (Pembayaran Kad Tanpa Sentuhan dan Dompet Mudah Alih selain Apple/Google Pay): Pengesahan PIN.

  • Transaksi Tanpa Sentuhan (Menggunakan Apple Pay dan Google Pay): Mekanisme pengesahan Peranti Layak yang didayakan oleh Penyedia Dompet Mudah Alih, tertakluk kepada terma dan syarat Dompet Mudah Alih yang berkenaan.

 

Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuhan

 

Transaksi Tanpa Sentuhan tanpa pengesahan PIN boleh dilakukan secara berasingan, namun jumlah transaksi kumulatif dalam satu (1) hari akan dihadkan kepada Ringgit Malaysia Lapan Ratus (RM800) atau had lain yang mungkin ditetapkan oleh Pemegang Kad. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, transaksi Apple Pay dan Google Pay tidak akan dikira dalam Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuhan. Sebarang Transaksi Tanpa Sentuhan tanpa PIN yang melebihi Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuhan akan ditolak. Sebarang Transaksi Tanpa Sentuh yang melebihi Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuhan mestilah disahkan oleh Pemegang Kad menggunakan kaedah berikut:

 

  • Transaksi Tanpa Sentuhan (Pembayaran Kad Tanpa Sentuhan dan Dompet Mudah Alih selain Apple/Google Pay): Pengesahan PIN.

  • Transaksi Tanpa Sentuhan (Menggunakan Apple Pay dan Google Pay): Mekanisme pengesahan Peranti Layak yang didayakan oleh Penyedia Dompet Mudah Alih, tertakluk kepada terma dan syarat Dompet Mudah Alih yang berkenaan.

 

Had Kumulatif Harian Tanpa Sentuhan akan ditetapkan semula (reset) pada setiap hari dan setiap kali Pemegang Kad melakukan transaksi dengan pengesahan PIN di terminal POS.

Tip Keselamatan Pemegang Kad Debit-i PIN & Bayar

1. Anda, dan mana-mana pemegang kad tambahan, mestilah mengambil semua langkah pencegahan yang munasabah bagi mengelakkan Kad Debit-i, nombor kad, PIN, kata laluan atau sebarang butiran keselamatan lain untuk kad atau akaun tersebut (“butiran keselamatan kad”) daripada disalahgunakan atau digunakan untuk melakukan penipuan. Langkah-langkah pencegahan ini merangkumi:

  • menandatangani Kad Debit-i sebaik sahaja ia diterima dan mematuhi sebarang arahan keselamatan; 
  • melindungi Kad Debit-i, PIN, dan sebarang butiran keselamatan Kad Debit-i; 
  • menyemak secara berkala bagi memastikan Kad Debit-i masih dalam simpanan anda;
  • menyimpan resit Kad Debit-i dengan selamat dan melupuskannya dengan berhati-hati;
  • menyemak penyata anda secara berkala dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.
  • hubungi kami mengenai sebarang perkara yang mencurigakan atau masalah berkaitan penggunaan Kad Debit-i di terminal; 
  • memusnahkan sebarang makluman PIN dan sebarang butiran keselamatan Kad Debit-i anda;
  • tidak membenarkan sesiapa pun memiliki atau menggunakan Kad Debit-i; 
  • tidak mencatat nombor PIN atau butiran keselamatan Kad Debit-i mahupun mendedahkannya kepada sesiapa sahaja termasuk pihak polis dan/atau kakitangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank; 
  • tidak membenarkan orang lain melihat nombor PIN anda semasa anda memasukkannya atau ketika ia dipaparkan. 

 

2. Anda mestilah memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya: 

  • Kad Debit-i anda hilang atau dicuri; 
  • PIN anda mungkin telah didedahkan/dikompromi; 
  • Kad Debit-i anda ditelan oleh ATM; atau 
  • Alamat atau butiran hubungan anda telah berubah. 

 

3. Ada mestilah memilih atau menukar PIN anda kepada nombor pilihan anda, sebelum PIN tersebut boleh digunakan untuk transaksi. PIN yang dipilih mestilah bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan ia diteka oleh sesiapa pun. Anda mestilah mengelakkan penggunaan PIN yang tidak sesuai seperti: 

  • tarikh, bulan atau tahun kelahiran dalam sebarang bentuk atau kombinasi; 
  • nombor berturutan (seperti 345678) dan gabungan nombor yang mudah dikenali (seperti 111111); 
  • mana-mana kumpulan nombor yang dicetak di atas Kad Debit-i anda; atau 
  • nombor peribadi lain yang mudah diakses seperti sebahagian daripada nombor telefon peribadi, nombor kad pengenalan atau data peribadi yang lain.

 

Soalan Lazim

 

S: Apakah maksud pra-kebenaran?

J: Pra-kebenaran adalah pegangan sementara bagi amaun tertentu daripada baki tersedia pada kad bayaran. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa kad tersebut aktif dan mempunyai dana yang mencukupi untuk transaksi tersebut. 

 

S: Apakah yang berlaku apabila saya menggunakan Kad Debit-i dengan Peniaga Sah yang meminta pra-kebenaran? 

J: Apabila anda menggunakan Kad Debit-i anda di Peniaga Sah, Peniaga Sah tersebut akan mengesahkan amaun pra-kebenaran pada saat transaksi. Tindakan Ini dilakukan dengan menghantar amaun pra-kebenaran pada Kad Debit-i kepada Hong Leong Islamic Bank (HLISB). 

 

S: Berapakah amaun pra-kebenaran yang akan dikenakan pada Kad Debit-i saya?

J: Amaun pra-kebenaran bagi pembelian petrol di pam layan diri ditetapkan kepada RM200 dan bagi sebarang Transaksi Pembelian Runcit yang lain, amaun pra-kebenaran adalah amaun transaksi yang ditetapkan oleh Peniaga Sah dan dipersetujui oleh anda.

 

S: Apakah yang berlaku sekiranya amaun sebenar transaksi adalah kurang daripada amaun pra-kebenaran? 

J: Amaun pra-kebenaran bukanlah satu caj dan tiada dana yang didebitkan daripada Akaun Pembelian Runcit, tetapi baki tersedia dalam Akaun Pembelian Runcit akan dikurangkan sementara  dengan amaun pra-kebenaran tersebut. Setelah transaksi dilakukan, amaun sebenar akan dihantar kepada HLISB. Pada ketika itu, amaun sebenar akan didebitkan daripada Akaun Pembelian Runcit dan amaun pra-kebenaran akan dilepaskan. Walau bagaimanapun, proses ini mungkin mengambil masa sehingga dua puluh satu (21) hari selepas transaksi dan pra-kebenaran dijana.

 

S: Apakah yang akan berlaku sekiranya baki tersedia saya kurang daripada amaun pra-kebenaran atau jika saya ingin mengelakkan penahanan dana pada kad saya?

J: Anda tidak boleh meneruskan transaksi sekiranya amaun pra-kebenaran melebihi baki tersedia anda. Bagi pembelian petrol, sekiranya anda ingin mengelakkan pra-kebenaran di pam layan diri, anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran di kaunter juruwang stesen minyak di mana amaun pembelian sebenar akan didebitkan terus daripada akaun anda.

 

S: Adakah saya boleh membuat pembelian tanpa disedari jika saya berjalan melepasi pembaca tanpa sentuhan? 

J: Kad Debit-i tanpa sentuhan mestil berada sangat dekat dengan pembaca tanpa sentuhan di kaunter juruwang untuk berfungsi. Kad Debit-i tanpa sentuhan anda hanya akan berfungsi apabila ia berada dalam jarak 4cm daripada pembaca kad. Selain itu, pembaca tersebut perlu diaktifkan oleh juruwang dan ia hanya akan berlaku apabila juruwang memulakan urusan transaksi pada terminal untuk menerima bayaran. Jika pembaca tanpa sentuhan tidak sedang memproses transaksi, ia tidak akan membaca sebarang kad tanpa sentuhan yang ditunjukkan di hadapannya secara tidak sengaja.

 

S: Apakah yang berlaku sekiranya saya secara tidak sengaja menepuk Kad Debit-i saya dua kali pada pembaca tanpa sentuhan? 

J: Terminal tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada satu masa. Walaupun Kad Debit-i tanpa sentuhan anda secara tidak sengaja ditepuk lebih daripada sekali, anda hanya akan dicaj sekali sahaja bagi transaksi tersebut.

 

S: Apakah yang berlaku sekiranya saya mempunyai lebih daripada satu kad tanpa sentuhan di dalam dompet dan saya menepuk dompet saya pada pembaca tanpa sentuhan? 

J: Jika anda meletakkan kad anda pada pembaca dan terdapat kad pembayaran tanpa sentuhan lain berdekatan, pembaca mungkin mengesan lebih daripada satu kad dan transaksi tidak akan diselesaikan. Anda perlu melakukan transaksi tersebut sekali lagi. Anda hendaklah memastikan hanya  satu kad dipegang pada pembaca dan sentiasa mengeluarkannya daripada dompet anda.

 

S: Apakah yang berlaku sekiranya seorang penipu membaca Kad Debit-i saya dengan meletakkan pembaca tanpa sentuhan berdekatan dengan dompet saya?

J: Dalam keadaan yang jarang berlaku, butiran keselamatan Kad Debit-i tanpa sentuhan dapat dibaca oleh penipu melalui pembaca tanpa sentuhan yang tidak sah berdekatan dengan poket atau dompet anda. Langkah-langkah keselamatan telah disediakan untuk mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran terhadap butiran keselamatan kad yang dipintas. Setiap transaksi tanpa sentuhan mengandungi kod unik yang berubah bagi setiap pembelian. Kod ini hanya boleh digunakan sekali dan hanya boleh dijana oleh cip pada Kad Debit-i tanpa sentuhan yang asal. Ini menghalang pengeluaran Kad Debit-i palsu daripada butiran keselamatan kad yang dipintas. Dalam keadaan penipuan yang jarang berlaku, anda tidak akan dipertanggungjawab atas caj penipuan atau pembelian tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan ciri tanpa sentuhan pada kad cip anda. Anda mesti memaklumkan kepada kami dengan segera atau secepat mungkin mengenai sebarang penggunaan Kad Debit-i tanpa kebenaran atau sebarang aktiviti mencurigakan.

 

S: Bolehkah seorang penipu mencuri Kad Debit-i saya dan menggunakannya untuk mengosongkan akaun bank saya? 

J: Langkah-langkah keselamatan telah tersedia untuk mengurangkan risiko penggunaan Kad Debit-i tanpa sentuhan yang hilang atau dicuri oleh penipu. Terdapat had transaksi tanpa sentuhan yang rendah sebanyak RM250, di mana transaksi melebihi jumlah tersebut tidak boleh diluluskan tanpa pengesahan pemegang kad – sama ada melalui PIN atau pengesahan tandatangan. Transaksi akan dianalisa oleh Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dan rangkaian pembayaran global secara masa nyata untuk mengenal pasti corak penipuan serta mengesan transaksi mencurigakan.

 

NOTIS PENTING

 

Untuk memastikan transaksi dengan Kad Debit-i berjalan lancar, sila pastikan perkara berikut:

 

1. Aktifkan perkhidmatan berkaitan di HLB Connect:

a) Pembelian Runcit Luar Negara

b) Pengeluaran ATM luar negara

c) Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

d) Auto Debit/ Pesanan Telefon

 

 

2. Tetapkan had transaksi Kad Debit-i anda sendiri

 

3. Sentiasa pastikan baki akaun anda mencukupi sebelum membuat pembayaran.

 



Aktifkan Transaksi Luar Negara, Perbelanjaan Dalam Talian dan Transaksi Auto Debit

 

hlb connect app aktifkan transaksi luar negara 1 bm

Log masuk ke aplikasi HLB Connect

hlb connect app aktifkan transaksi luar negara 2 bm

Klik pada akaun semasa/hadapan

hlb connect app aktifkan transaksi luar negara 3 bm

Klik pada Perkhidmatan, pilih Tetapan dan Had Kad Debit

hlb connect app aktifkan transaksi luar negara 4 bm

Klik untuk membolehkan/tutup perkhidmatan yang berkaitan

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 5 bm

Mengesahkan permintaan anda dan anda sudah selesai!

 

Bagaimanakah saya boleh menukar Had Transaksi Kad Debit-i saya?

 

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 1 bm

Log masuk ke aplikasi HLB Connect

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 2 bm

Klik pada akaun semasa/simpanan

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 3 bm

Klik pada ‘Kad’ tab, kemudian klik pada Tetapan dan Had ikon

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 4 bm

Di bawah Had Harian, isikan amaun baru dalam kotak yang berkaitan dan klik Seterusnya

hlb connect app bagaimana saya boleh menukar 5 bm

Mengesahkan permintaan anda dan anda sudah selesai!



Aplikasi Transaksi Luar Negara, Perbelanjaan Dalam Talian dan Transaksi Auto Debit

 

hlb connect app step 3

Log masuk ke aplikasi HLB Connect

hlb connect online aktifkan transaksi luar negara 2 bm

Di bawah Perkhidmatan Lain >

Debit/Kad ATM, pilih Tetapan Kad

hlb connect app step 3

Klik untuk membolehkan/tutup

perkhidmatan yang berkaitan

hlb connect online aktifkan transaksi luar negara 4 bm

Pergi ke aplikasi HLB Connect, mengesahkan permintaan anda, dan anda sudah selesai!

Bagaimanakah saya boleh menukar Had Transaksi Kad Debit-i saya?

 

hlb connect app step 3

Log masuk ke aplikasi HLB Connect

 

hlb connect app step 3

Di bawah Perkhidmatan Lain >

Debit/Kad ATM, pilih Tetapan Kad

hlb connect app step 3

Isikan amaun di bawah kolumn

Limit Baru

hlb connect app step 3

Pergi ke aplikasi HLB Connect, mengesahkan permintaan anda, dan anda sudah selesai!

 

S: Apakah definisi transaksi Luar Negara?

J: Transaksi Luar Negara ialah transaksi yang dilakukan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Transaksi Luar Negara termasuk transaksi POS dan pengeluaran tunai yang dibuat di ATM di luar Malaysia.

 

S: Apakah definisi Pembelian Dalam Talian tanpa kata laluan sekali sah (OTP)?

J:   Pembelian Dalam Talian membolehkan pengguna membeli barangan atau perkhidmatan secara terus daripada peniaga melalui internet (cth. laman web/aplikasi) yang tidak memerlukan OTP enam digit.

 

S: Bolehkah saya memilih serta (opt-in) hanya untuk Pembelian Dalam Talian tanpa OTP dan bukan untuk transaksi Luar Negara?

J: Ya, Pemegang Kad Debit-i boleh memilih untuk memilih serta (opt-in) bagi mana-mana daripada empat (4) jenis transaksi di bawah:

 

a. Pembelian Runcit Luar Negara

 

b. Pengeluaran ATM Luar Negara

 

c. Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

 

d. Auto Debit/Pesanan Telefon

 

 

S: Sekiranya saya memilih serta (opt-in) untuk melakukan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuatkuasa serta-merta?

J: Ya, ia akan berkuat kuasa serta-merta.

 

S: Mengapakah saya dikehendaki memberikan persetujuan untuk melakukan Transaksi Luar Negara, Pembelian Dalam Talian tanpa OTP serta Auto Debit/Pesanan Telefon?

J: Ini adalah selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang mewajibkan semua institusi kewangan dan pengeluar kad untuk menetapkan fungsi asal dan/atau menyekat mana-mana Pemegang Kad Debit daripada melakukan sebarang Pembelian Dalam Talian, Transaksi Auto Debit/Pesanan Telefon yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau sebarang transaksi Luar Negara menggunakan Kad Debit, melainkan Pemegang Kad Debit-i telah menyatakan persetujuan secara jelas untuk melakukan transaksi tersebut. Keperluan untuk memilih serta (opt-in) ini bertujuan untuk memastikan bahawa langkah pengurusan risiko dan kawalan yang mencukupi dilaksanakan dalam kalangan institusi kewangan dan pengeluar kad, serta untuk mendidik Pemegang Kad Debit tentang amalan selamat bagi mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran.

 

 

Klik di sini untuk melayari laman Maklum Balas dan Aduan kami yang khusus untuk maklumat tentang cara mengemukakan pertanyaan atau kebimbangananda. 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.