Takaful First Horizons
MORE INFORMATION
MANFAAT KEMATIAN DAN TPD
Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), manfaat akan dibayar seperti berikut:
Jika anda memilih untuk melaburkan semula pembayaran anda, sebarang nilai terkumpul dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat Kematian atau TPD.
PERLINDUNGAN DIPERTINGKAT SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN
Sekiranya berlaku Kematian atau TPD berpunca daripada kemalangan, manfaat tambahan Kematian atau TPD akibat Kemalangan akan dibayar seperti berikut:
KEKAL DILINDUNGI, TANPA KERUMITAN
Nikmati penyertaan mudah dengan had Jumlah Sumbangan Tahunan Asas sehingga RM1.5 juta, tertakluk kepada umur kemasukan, kriteria kelayakan dan terma dan syarat lain.
Nota:
1. Jumlah Sumbangan Asas mengecualikan sebarang sumbangan tambahan, sumbangan rider dan amaun sumbangan bukan asas yang lain, yang mana terpakai.
2. Hanya satu manfaat kemalangan tambahan dibenarkan setiap seorang. Had untuk dewasa adalah RM3.5 juta dan juvenil adalah sebanyak RM2 juta setiap hayat.
3. Manfaat TPD adalah tertakluk kepada had agregat maksimum RM8 juta setiap hayat merentasi semua manfaat TPD.
4. Perlindungan TPD akan dibayar apabila berlakunya TPD sebelum Tarikh Ulang Tahun Sijil sejurus selepas ulang tahun ke-70 Orang yang Dilindungi, tertakluk kepada terma dan syarat Sijil Takaful.
Anda boleh memilih untuk melengkapi pelan anda dengan rider berikut (tertakluk kepada sumbangan tambahan):
|
Rider |
Penerangan Ringkas |
Syarat Pengunderaitan |
|---|---|---|
| Rider Term Payor |
Rider pembayaran sumbangan yang menyediakan perlindungan tambahan kepada Peserta sekiranya Peserta meninggal dunia |
Penyertaan Mudah sehingga RM500,000 Jumlah Perlindungan
|
Nota: Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Manfaat atau berbincang dengan penasihat.
Fikri memilih Takaful First Horizons untuk anak lelakinya, Imran (6 tahun), demi menyokong pendidikan, minat, serta impian yang mencorak masa depannya.
Risalah Produk
Panduan Perkhidmatan Takaful
Risalah TIPS
Istilah ‘Takaful’ merujuk kepada skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling membantu yang menyediakan bantuan dan pertolongan kewangan kepada Peserta-peserta sekiranya diperlukan di mana Peserta-peserta bersetuju untuk menyumbang bagi tujuan tersebut. Setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) yang disatukan untuk memberi manfaat semasa berlakunya kejadian tidak diingini yang dialami oleh mana-mana Peserta.
Umur kemasukan minimum dan maksimum (berdasarkan umur pada hari lahir berikutnya) adalah seperti berikut:
- Minimum: 30 hari
- Maksimum: 17 tahun
- Minimum: RM20,000
- Maksimum: RM1,500,000
- Tempoh Sumbangan: 3 Tahun
- Tempoh Perlindungan: 15 Tahun
Anda boleh memilih untuk:
- Tunaikan Pembayaran Tahunan dan Pembayaran Pencapaian Anda apabila perlu dibayar; atau
- Laburkan semula 100% daripada Pembayaran Tahunan dan Pembayaran Pencapaian ke dalam Dana Berkaitan Pelaburan.
Untuk pilihan pelaburan, anda boleh memilih daripada dana berkaitan pelaburan berikut:
- Dana HLMT i-Income
- Dana HLMT Makmur
- Dana HLMT i-Balanced
- Dana HLMT Maa’rof
- Dana HLMT i-Equity
- Dana HLMT Global Shariah ESG
Pilihan pembayaran yang dipilih pada permulaan adalah tetap dan tidak boleh diubah selepas itu. Sila pilih pilihan anda dengan teliti yang memenuhi keperluan anda.
|
Manfaat |
Amaun (RM) |
Syarat-syarat |
|---|---|---|
|
Ganjaran Kecemerlangan Pendidikan |
Bersamaan dengan 1% daripada Sumbangan Tahunan Asas dibayar, dihad pada RM2,000 setiap sijil.. |
|
|
Ganjaran Teknologi (Ganjaran Peranti)
|
Bersamaan dengan 1% daripada Sumbangan Tahunan Asas dibayar, dihad pada RM2,000 setiap sijil.
|
|
Anda boleh memilih untuk melengkapi pelan anda dengan rider berikut (tertakluk kepada sumbangan tambahan):
|
Rider |
Penerangan Ringkas |
Syarat Pengunderaitan |
|---|---|---|
|
Rider Term Payor |
Rider pembayaran sumbangan yang menyediakan perlindungan tambahan kepada Peserta sekiranya Peserta meninggal dunia atau mengalami TPD |
Penyertaan Mudah sehingga RM500,000 Jumlah Perlindungan |
Nota: Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Manfaat atau berbincang dengan penasihat.
Anda boleh membayar sumbangan anda secara tahunan melalui kad kredit atau debit, debit auto, debit terus, arahan tetap atau pembayaran e-Dompet.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan.
Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Hong Leong MSIG Takaful Berhad atau PIDM(layari www.pidm.gov.my).